Halaman

Khamis, 1 November 2012

PANDA HOBBY 1:35 2S6M TUNGUSKA M (Bhg 1)


Saya pun dah lupa yang saya dah ada blog tapi tak pernah "update". Jadi dipendekkan cerita, saya akan mulakan atau menghidupkan kembali blog ini dengan binaan Panda Hobby 1:35 Tunguska M (2S6M) atau nama lapor NATO (NATO Reporting Name) SA-19 Grison. Di Rusia, ada 2 nombor iaitu 2K22 dibawah indeks GRAU (Main Missile and Artillery Directorate of the Ministry of Defense of the Russian Federation) tapi yg rasmi ikut Tentera Darat Rusia ialah 9K22 tapi ia lebih popular dengan nama Tunguska.

Ini rupa sebenar Tunguska yg saya ambil dari internet. Kredit pada empunye...

Kit Panda Hobby Tunguska adalah yg terbaru dipasaran

Perihal kit Panda Hobby atau Ringkasnya PH... Adalah amat detail s2kali. Fitting pun tiada masalah cuma rajah dalam buku panduannya amat halus. Susah pulak bagi saya nak membacanye.

Jadi, beginilah rupa dia semasa proses nenasang,,, PH memberi 2 fret PhotoEtch (PE) kira mewah juga dab tidak perlu beli PE lain...


















Pun begini detail kit PH ni, ada juga mereka tertinggal. Part B102 tak cukup satu. Saya terpaksa scratchbuilt part ni mengunakan Bondite Epoxy Resin. (gambar bawah yg ada 2 benda berwarna putih)

Selesai sudah dgn kerja2 memasang, tiba masa untuk mengecat. Disebabkan banyak part-part halus dengan simen plastik tak kemas (meleleh) berserta dengan PE yg banyak ... kenalah prime dulu dengan GUNZE SURFACER 1000 @ Primer....





Selesai sudah dengan Primer, biarkan kering sebentar... Jika ikut plet warna yang diberi PH, keseluruhan kenderaan ini berwarna hijau tua @ Russian Green. Krang minat dengan skema warna satu. Cari punye cari dalam internet, terjumpa gambar Tunguska ni berwarna celoreng tahun 2008 semasa Perbarisan Hari Kemenangan Moskow (Moscow Victory Day Parade).











Berbekalkan dgn maklumat yang diperolehi kecuali bahagian atas yang tak jumpa-jumpa gambarnya, Sesi mengecat loreng boleh bermula. Disini, saya guna cat Gunze Solvent Base iaitu Siri C dengan kod:

1).    C301 Extra Dark Grey,
2)     C303 Green
3)     C319 Yellow
4)     C33 Flat Black (untuk meriam)





So,,, ada persamaan tak?



nanti sambung dengan selebihnye.

Tamat Bahagian Pertama....

Tiada ulasan: